Friday 22 June 2012

EMPAT JENIS MANUSIA


  Ada empat jenis manusia, iaitu :-  

1- Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu
bahawa dia tahu. Itulah orang yang lalai.

Oleh itu berilah mereka peringatan.

2- Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa
dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil.

Oleh itu, tinggalkanlah mereka.

3- Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu.
Itulah orang yang jahil. 

Oleh itu, ajarlah mereka.

4- Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu.
Itulah orang yang berilmu.

Oleh itu, ikutilah mereka.


- Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi -

No comments: